Ini
doa penunduk yang sekian lama diamalkan oleh penulis dan penulis pernah
memberi pada kawan-kawan yang terdekat. Penulis juga memberi doa ini
kepada anak saudara penulis yang selalu berurusan dengan VIP hal kerja
dan projek. Beliau selalu membaca dan mengamalkan doa ini sebelum pergi
mesyuarat. InsyaAllah setakat ini berjalan lancar.
Doa
ini juga sebagai doa penunduk kepada orang atasan yang garang dan tidak
bertimbang rasa. Jika diizin Allah SWT , insyaAllah boss yang garang
akan hormati kamu. Jika berjumpa seseorang yang kita baru kenal dan
orang itu ada niat yang tidak baik insyaAllah, Allah akan pelihara kita
dari perbuatannya seperti menggunakan lmu hitam. Dan banyak kafiatnya
ayat ini.
BACA BAHAGIAN INI DARI SURAH AL-ANFAL: AYAT 17
Maksud Ayat 17
Maka
bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang
menyebabkan pembunuhan mereka dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang
melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar
(untuk membinasakan orang-orang kafir) dan untuk mengurniakan
orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan)
daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Cara mengamalkan dan menggunakan:
1. Baca selepas solat sebanyak yang boleh sekurangnya 9x. Jadikan zikir sebaiknya.
2.
Bacakan doa ini semasa dalam perjalanan untuk sesuatu urusan sebelum
mesyuarat/perjumpaan/mengadap orang atasan yang akan kita jumpa nanti.
InsyaAllah,
Allah akan sentiasa melindungi kita dan tidak memberi peluang kepada
orang lain yang mempunyai niat yang tidak baik seperti memfitnahkan,
memarahi,dengki, guna sihir dan perkara-perkara yang tidak baik. Gunakan
untuk kebaikan.
Wasallam.
Sumber: Dari kakak angkat isteriku yang selalu berguru. Semuga beliau dirahmatiNya.
"DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN, MAKA BERDOALAH KERANA DIA MAHA PENDENGAR"
Tidak ada komentar:
Posting Komentar