Doa Benteng Sihir,Doa Penawar Sihir Jarak Jauh dan Kaedah Membuat Minyak Zaiton Sebagai Penawar Sihir
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dalam rancangan "Tanya
Ustaz" minggu ini yang bertajuk "Indah Perubatan
Islam". Ustaz Sarhan Shafie memberitahu penggunaan "minyak
zaitun" sebagai penawar untuk mengubatkan orang yang terkena
sihir. Minyak zaitun yang telah diruqyahkan boleh disapukan kepada bahagian
anggota-anggota yang sakit akibat sihir seperti sakit dibahagian tangan, kaki,
kepala dsbg. Salah satu doa yang diberikan oleh Ustaz Sarhan iaitu dari Surah
Yunus, ayat 81 yang captain pernah gunakan dalam kaedah membuat "Air
Penawar" (DISINI).
Doanya ini captain perolehi 16
tahun dahulu dari seorang ustaz. Beliau yang selalu dikunjungi oleh
Kerabat-kerabat Diraja Negeri Kedah untuk mendapatkan rawatan. Berketurunan
Siam Islam berasal dari Utara Bangkok yang telah mengubat captain suatu ketika
dahulu dari serangan tiga serangkai iaitu serangan sihir bomoh Siam, bomoh
orang Asli dan bomoh Indonesia.
Kenapa captain di sihir begitu
sekali sampai menggunakan khidmat tiga orang bomoh dalam satu masa? Sebagai
membalas dendam kerana menghalang niat jahat seorang kawan dari menipu beberapa
orang ahli perniagaan. Sebelum kenal beliau, beliau sudah menipu beberapa orang
untuk melabur dalam syarikatnya (SKIM CEPAT KAYA). Tujuan beliau
supaya captain menjadi lumpuh kerana merosak rancangan jahatnya. Tetapi hanya
Allah SWT yang menentukan baik atau buruk keatas hamba-Nya. Berbalik kepada
minyak zaitun:
Rasulullah SAW pernah
bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala
menurunkan penyakit dan ubatnya, dan menjadikan setiap penyakit pasti ada
ubatnya. Maka berubatlah kalian, tapi jangan dengan yang haram.” (HR Abu Dawud)
Berdasarkan hadis ini, maka
tidak hairanlah mengapa para alim ulama lebih cenderung kepada makanan-makanan
sunnah untuk mengubati penyakit-penyakit manusia berbanding ubat-ubat moden
yang kandungannya diragui (syubhah).
Salah satu makanan sunnah yang
banyak diamalkan ialah minyak zaitun. Sejak 1400 tahun lalu, Nabi Muhammad SAW
telah menganjurkan penggunaan minyak zaitun, kerana khasiatnya yang amat besar,
dikeluarkan dari pohon zaitun yang diberkati.
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar
r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Minumlah minyak zaitun
dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang
diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).
Di dalam riwayat lain
menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Barangsiap menggosok
(badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan mendekatinya."
1. CARA MEMBUAT MINYAK
ZAITUN SEBAGAI PENAWAR KEPADA SIHIR:
Surah-surah yang dibaca pada
minyak zaitun.
§ Solat Hajat
§ Baca Al-Fatihah.
§ Shalawat - 7x.
§ Baca Surah Yunus.
qala moosama ji/tum bihi
assihru inna Allahasayubtiluhu inna Allaha la yuslihuAAamala almufsideen
Maksudnya:
Maksudnya:
"Maka setelah mereka
lemparkan, Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir,
sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya" Sesungguhnya Allah
tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-yang membuat
kerusakan."
2.
DOA PENAWAR SIHIR DARI JAUH PADA MANGSA SIHIR.
Ustaz Sarhan Shafie memberi
dua doa untuk penawar sihir dari jauh. Doa ini dibaca kepada ahli keluarga yang
berada jauh yang dikhuatiri terkena sihir. Boleh menawarkan sihir yang terkena
padanya. Baca selepas solat.
DOA (1)
Waqadimna ila maAAamiloo min
AAamalin fajaAAalnahu habaan manthoora
Maksudnya:
Maksudnya:
"Dan
Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal
(yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang
berterbangan."
DOA (2)
Ya ayyuha annasuqad jaatkum
mawAAithatun min rabbikum washifaonlima fee assudoori wahudan
warahmatunlilmu/mineen
Maksudnya:
Maksudnya:
"Wahai
umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi
nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit
batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk
keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."
3.
BENTENG DAN PENDINDING DIRI DARI SIHIR,SAKA,JIN DAN SANTAU.
Sebelum ini Ustaz Sharhan
Shafie ada memberi satu doa yang pendek dari Surah AS Sufaat, ayat 7 (DISINI).
Pada kali ini ustaz memberi satu doa dari Surah Hud, ayat 57. Doa ini juga
pernah captain masukkan dalam N3 dahulu (SINI).
Sebaik-baiknya amalkan kedua-dua ayat tersebut selepas setiap kali solat supaya
benteng dan pendinding diri menjadi perisai yang kuat.
Mulakan bacaan pada "INNAROBBI"
inna rabbee AAala
kullishay-in hafeeth
Maksudnya:
"Jika
kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa (amanat)
yang aku diutus (untuk menyampaikan)nya kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti
(kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudharat
kepada-Nya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara
segala sesuatu."